CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
ini belog saya.ini kisah saya.juga kisah mereka yang saya sayangi . Teruskan membaca. Juga sedikit perkongsian dari saya yang baru memperbaiki diri sendiri .Semoga bermanfaat utk semua

Bersahabat kerana Allah . insyaALLAH

Tuesday, February 3, 2015

Resepi kek pisang sedap



Bahan-bahan:

4 biji telur gred A
8 biji pisang emas (7 biji dilecek, sebiji untuk hiasan)
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan butter (cairkan) @ minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen pisang
sedikit garam

Cara-cara membuatnya:

Panaskan oven pada suhu 170 C.
Griskan loyang 8” dengan sedikit mentega dan alas guna baking paper.
Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
7 biji pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
Pukul telur bersama gula dan esen pisang, masukkan mentega cair/minyak jagung.kemudian masukkan pisang yg dilenyek tadi.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sampai rata .kemudian tuangkan ke dalam loyang.
Baki sebiji pisang dihiris dan dihias di atas kek sebelum dimasukkan ke dalam oven.
Bakar selama 45 minit atau sehingga masak menggunakan api atas dan bawah.








0 comments: