CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
ini belog saya.ini kisah saya.juga kisah mereka yang saya sayangi . Teruskan membaca. Juga sedikit perkongsian dari saya yang baru memperbaiki diri sendiri .Semoga bermanfaat utk semua

Bersahabat kerana Allah . insyaALLAH

Wednesday, September 18, 2019

Resepi Rainbow Cake

Rainbow cake with cream cheese frosting yg disaster but superb delicious.

Credit to : Veenaazmanov .

Bahan-bahan :

1) 250gram butter.I used lurpak
2) 300gram gula castor.
3) 5 bijik telur gred AA (guna telur besar ye)
4) sedikit creamy French vanilla Essen
5) 360gram tepung gandum
6) 2 sudu kecil baking powder
7) 1 sudu kecil soda bikarbonat
8.)½ sudu kecil garam halus
9) 250gram buttermilk (250gram susu cair carnation + 1 sudu kecil cuka makan, buat awal )

Cara-cara :

1) putar bahan 1 & 2 hingga kembang & gula hancur
2) masukkan sebijik demi sebijik telur.. Putar hingga sebati & letak esen vanilla
3) ayak bahan 5,6,7 & 8 .masukkan dgn bahan no 9 secara berselang seli. Putar hingga sebati.
4)bahagi kepada 7 bahagian. Timbang 210gram setiap 1 .letak pewarna & perisa yg bersesuaian
5)molek jika guna Loyang 7.kat sini sy dh buat silap sbb guna loyang 5.5inch.. Tu tebal semacam,, hujung2 kek runtuh. Ahahaxxx
6)bakar ikut oven masing² .

RESEPI BUTTER CREAM CHEESE.(Olahan sendiri. Nasib sedap) 
1) 500gram tatura cream cheese
2) 250gram anchor butter
3) 250gram icing sugar. (Wajib ayak)
4) 1sudu kecil pineapple essen.

Cara-cara :

Putar kesemua bahan diatas hingga sebati. Jgn terlebih putar.. Butter & cream cheese jgn biarkan hingga suhu bilik. Agak2 mixer boleh putar,, kira cun la tu.

Apepon selamat mencuba.

0 comments: