CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
ini belog saya.ini kisah saya.juga kisah mereka yang saya sayangi . Teruskan membaca. Juga sedikit perkongsian dari saya yang baru memperbaiki diri sendiri .Semoga bermanfaat utk semua

Bersahabat kerana Allah . insyaALLAH

Wednesday, September 18, 2019

Resepi kek sarang semut

Kek Sarang Semut

Step 1 :

🐜 2 cawan gula pasir
🐜 2 cawan air panas
Cairkan gula dgn api perlahan. Dah mencair ,cepat2 masukkan air panas..

Step 2 :

🐜 250gram butter (used buttercup) 
Buttercup dicairkan. Letak tepi dulu.

Step 3 :

🐜 5 biji telur gred AA
🐜 1 cawan susu pekat manis
🐜 sedikit esen vanilla
Kacau² manja aje. Yg penting telur kuning tu pecah. Masukkan step 2 .kacau² manja lg.

Step 4 :

🐜 2 sudu besar soda bicarbonate
Dimasukkan kedalam step 3 .kacau manja² lagi sampai sebati semuanye.

Step 5 :

🐜 2 cawan tepung gandum. Diayak.
Dimasukkan kedalam adunan tadi,, diselang seli kan dengan bahan step 1 .step 1 sila tapis dulu ye sebelum curah.

Gaul² lagi hingga tiada tepung yg berketul. Kalau berketul,, nanti dah masak jadi pahit gitu.

Guna loyang 9 utk whole adunan ni. Sapu loyang dgn shortening & masukkan adunan tadi. Tutup dgn aluminium foil. Dan perap selama sejam.

Panaskan oven dgn suhu 150. API BAWAH SAHAJA. bakar dgn api bawah selama 20 minit,
Selepas itu tukar suhu 170 api atas bawah sehingga masak. Lebih kurang 30min. Ataupon ikut la perangai oven masing² kann.

credit Ain Khamis

0 comments: