CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
ini belog saya.ini kisah saya.juga kisah mereka yang saya sayangi . Teruskan membaca. Juga sedikit perkongsian dari saya yang baru memperbaiki diri sendiri .Semoga bermanfaat utk semua

Bersahabat kerana Allah . insyaALLAH

Wednesday, August 8, 2018

Travelog Haji 2018 /1439H : Part 1




Assalamualaikum.


Dikala saya menaip waktu ini tinggal 4 hari sahaja lagi untuk kami berangkat ke Tanah Suci MEKAH.Penerbangan dijadualkan 12/8/2018 insyaALLAH .Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam . Masih memandang hambamu yg lemah & hina ini . Masih sudi menjemput kami menjadi tetamu ke Mekah Al Mukarahmah.Segala persiapan sudah hampir 90% dari segi mental dan fizikal .


Cuma perasan gembira berbaur sedih bercampuk aduk mengenangkan anak-anak yg masih kecil yg harus ditinggalkan bersama keluarga. Tambahan pula yg bongsu baru menginjak 1 Tahun 4 Bulan dan masih breastfeed.


Semoga Allah kuatkan hati ini dlm menjalani ibadah haji kami . Ameen


Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH SWT yg Maha Pemurah lagi Maha penyayang. Saat Catatan ni ditulis sy mempunyai sedikit kelapangan ( lepas bagi 2 puteri kesayangan makan roti ) As a Domestic engineer mmg maksud lapang tu phm-phm la

Catatan ni saya akan edit dari masa ke semasa. Sesuai dgn kelapangan saya .. Catatan ini back dated sikit sebab agak susah utk saya update on the spot ..terkadang baru nak taip princess-princess dahpanggil.😁

Alhamdulillah . 1 hari tu saya dapat panggilan ..once org yg call kita sebut full name mmg sgt nervous . Yelah sekarang ni jarang buat urusan rasmi melainkan urusan yg satu ni. Bila dimaklumkan dari Pejabat TH dalam hati tak henti berdoa supaya ALLAH SWT permudahkan urusan. Semoga dipanggil menjadi tetamuNya.



Alhamdulillah ... dgn izinNya diterima rayuan saya sebagai mahram kpd suami tercinta. Alhamdulillah sy wakilkan suami utk mengambil surat tawaran di Pejabat TH Shah Alam 👇👇 . Terima kasih suami Hanya terima kasih yg mampu diucapkan atas segala pengorbanan. Terima kasih Sil yg tolong buat rayuan .. terima semua yg terlibat . semoga ALLAH SWT jua yg mampu membalasnya ..Ameen ya rabbal alamin

Doakan urusan kami dipermudahkan ye disana nanti Dipermudahkan dlm segala hal . Dikurniakan kesihatan yg baik ..Selamat pergi & pulang . Ameen








Disclaimer : Tujuan perkongsian sahaja ..Bukan riak & menunjuk-nunjuk . insyaALLAH

“Ya Allah, aku mohon kepada mu izinkanlah aku bercerita mengenai pengalaman dan pengajaran yang telah aku lalui semasa menunaikan fardhu haji”

“Ya Allah, aku takut, apa yang aku tulis nanti boleh menimbulkan perasaan riak dalam diriku, aku mohon ampun kepada mu sekiranya ia berlaku. Apa yang telah aku telah lalui ini mungkin boleh dijadikan panduan dan pedoman kepada pembaca-pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di Makkah nanti. Mudah-mudahan, mereka dapat melakukan lebih baik dari apa yang telah aku lakukan"

-Syazlitahir -







لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ


“Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarikalaka labbaika, innal hamda wan nikmata laka wal mulka la syarika laka.”


(Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.)






#Perjalananhajisurayaamin


#Perjalanhaji2018


#Traveloghaji2018


#Pengalamanhaji

0 comments: