CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
ini belog saya.ini kisah saya.juga kisah mereka yang saya sayangi . Teruskan membaca. Juga sedikit perkongsian dari saya yang baru memperbaiki diri sendiri .Semoga bermanfaat utk semua

Bersahabat kerana Allah . insyaALLAH

Wednesday, July 2, 2014

Resepi air berbuka puasa

Resepi Air Bandung
Air Bandung
Bahan-Bahan:
Sirap/Pewarna Merah
Gula Pasir
Daun Pandan
Air
Sedikit garam
Satu tin susu cair
Sebotol air soda
Cara penyediaan:
1. Untuk membuat sirap, campurkan gula pasir, pewarna merah, daun pandan dan air secukupnya. Untuk menghasilkan sirap yang lebih baik, pastikan ianya pekat, merah dan cukup manis.
2. Bancuh susu cair bersama sirap (mengikut sukatan yang diperlukan). Kacau sehingga sebati.
3. Campurkan air soda ke dalam bancuhan susu dan sirap. Semasa proses ini, anda perlu mengacau supaya susu tidak pecah.
4. Tambahkan secubit garam dan kacau lagi.
5. Sedia untuk dihidangkan. Tambah ais untuk sejuk.
Resepi Air Jagung
Air Jagung
Bahan-bahan:
1 tin krim jagung
1/2 tin susu pekat
Gula secukup rasa(dicairkan)
Garam secubit
Ais
Cara penyediaan:
1. Campurkan krim jagung dan susu sejat ke dalam jag atau mangkuk.
2. Masukkan secubit garam dab gula secukup rasa.
3. Kemudian,campurkan ais.
4. Masukkan ais krim soda supaya minuman lebih sedap.
Air Tembikai
Air Tembikai
Bahan-Bahan:
½ biji buah tembikai (sedang)
125 gm gula pasir (sirap)
125 ml air panas mendidih (sirap)
1 biji limau nipis
Air tembikai & ketul-ketul ais
875 ml air sejuk
Hiasan:
Daun pudina
½ cawan isi tembikai yang dipotong dadu
Cara penyediaan:
1. Sediakan sirap. Masukkan gula ke dalam mangkuk, tuangkan air panas. Kacau tutup mangkuk itu.
2. Sediakan air buah. Cuci & dipotong dadu (hiasan). Korek isi tembikai dengan sudu besar dan masukkan ke dalam mangkuk adunan.
3. Perah air tembikai dengan menekankannya di dalam tapis aluminium dengan menggunakan senduk kayu kemudian tuang air ke dalam jag.
4. Perah limau. Tapis sirap ke dalam jag air tembikai, tambahkan 875 ml air sejuk, kacau & sejukkan di dalam peti ais.
5. Potong dadu isi tembikai untuk hiasan. Apabila cukup sejuk masukkan hiasan ini serta daun pudina dan hidangkan.
Air Katira
Air Katira
Bahan-bahan:
Air
Gula pasir ~ Secukup rasa
15 biji badam~ tanpa kulit
1 tin susu cair
Daun pandan
100 g katirah
Sedikit pewarna hijau
Bahan isian tambahan jika suka:
Segenggam kembang semangkuk ~ direndam berasingan
1 sudu besar biji selasih ~ direndam berasingan
Hirisan buah kurma
Cincau ~ dipotong
Kacang tanah goreng ~ dibuang kulit
Cendol
Ketulan ais secukupnya
Cara penyediaan:
1. Rendam dahulu katirah hingga kembang semalaman.Tapis dan bersihkan.
2. Masak air, gula dan daun pandan sehingga gula larut.
3. Kisar badam bersama sedikit air hingga halus dan tapiskan ke dalam air gula tadi dan masak lagi hingga mendidih, kacau sentiasa. Matikan api dan biar sejuk.
4. Setelah air sejuk, masukkan susu cair dan katirah dan gaul rata. Titikkan pewarna hijau dan pewarna lain jika suka dan tambahkan bahan2 isian lain secukupnya.
5. Sejukkan didalam peti sejuk.
Resepi Air Mata Kucing Special
Air Mata Kucing
Bahan-bahan:
Sebungkus longan kering
Sebungkus Red Dates
Sedikit buah loh hon guo
sedikit Laici dan buah kismis
Sepeket wolfberry
Sebiji gula batuGula pasir secukup rasa
Gula Merah Secukupnya* Boleh beli longan dan Red Dates kering kat kedai cina jual herba (sheng shei)
Sepeket RM5, ada yang RM 18 dan ada yang baik sikit harganya RM 25
Cara penyediaan:
1. Basuh bersih buah longan kering + kurma merah+buah loh hon guo+ sedikit Laici dan kismis+ wolfberry
2. Rebuskan longan+kurma merah+ buah loh hon guo+ sedikit Laici dan kismis + wolfberry bersama air.Biarkan buah longan hingga kembang.Letak gula batu sebiji.
3. Masukkan gula merah secukupnyaLetak gula pasir secukup rasa. (ikut citarasa samaada nak manis atau manis-manis buah jerk)
4. Rebus sampai kembang. Angkat dan sejukkan. Boleh di minum seisi keluarga.
Resepi Air Soya
Air Soya
Bahan-Bahan:
1 kg kacang soya
3 helai daun pandan
1 sudu teh garam
9 liter air
Bahan Air Gula:
1 kg gula
1 liter air
Peralatan:
Mesin soya/ blender
Tapis teh tarik mamak/kain net putih
Bekas tapis plastik
1 periuk sederhana
1 bekas tong panas/hot container
Cara penyediaan:
1. Basuh kacang soya dan rendam di dalam bekas selama 4 hingga 5 jam sahaja. Toskan kacang soya yang telah kembang tersebut menggunakan tapis plastik.
2. Kisar atau blend kacang soya tersebut dengan 6 liter air sahaja. Blend hingga kacang soya betul-betul hancur.
3. Tapis air soya yang telah dikisar itu 1 kali dengan menggunakan tapis teh tarik mamak/kain net@muslin ke dalam bekas.
4. Perah air kacang soya untuk cepatkan proses penapisan ini.
5. Blend hampas kacang soya yang telah diasingkan di dalam bekas lain sebelum ini dengan sukatan 3 liter air sahaja.
Tapis dan perah pati kacang soya ke dalam bekas (sama seperti di step 3).
6. Tuang air soya yang telah ditapis ke dalam periuk sederhana untuk dimasak. Gunakan penapis plastik untuk tapis air soya ke dalam periuk.
7. Simpulkan 3 helai daun pandan dan masukkan satu sudu teh garam ke dalam periuk berisi air soya.Tutup periuk. Kacau air soya selang 10-15 minit supaya ia tidak membuak-buak atau melimpah.
8. Masak dengan api perlahan selama 1 jam. Air soya akan mendidih apabila ia telah masak.
Resepi Jus Jambu Batu
Air Jambu Batu
Bahan-bahan: ( 1 jug plastik )
2 biji jambu batu tanpa bijik ( yg jenis berkedut tuh )
2 liter air
1 1/2 – 2 senduk gula pasir
sedikit pewarna hijau
Asam boi serbuk/asam boi tanpa biji dihiris – secukupnya
Air batu secukupnya
Cara penyediaan:
1. Jambu batu dibersihkan dan dipotong dadu, ambil jambu yg telah didadu dan masukkan kedalam blender dan ditambah air, gula dan asam boi sesukupnya. Blander hingga hancur.
2. Kacau sebati dan titikkan sedikit pewarna hijau untuk mencantikkan warna jus ini.
3. Masam dan manis jus ini bergantung pada kehendak masing-masing.
4. Tambahkan air batu siap untuk diminum.
Resipi Teh Bunga
Air Teh Bunga
Bahan-Bahan (untuk satu jug 800ml) :
10-20 bunga krisantimum
gula batu / madu lebah
air panas
pewarna kuning (jika mahu)
Cara penyediaan:
1. Basuh sekejap sahaja bunga krisantimum
2. Masukkan bunga krisantimum dalam air panas, biarkan bunga kembang dalam air panas selama 5 minit
3. Masukkan pemanis (gula batu / madu) mengikut citarasa anda
4. Masukkan pewarna kuning untuk warna teh yang menarik (jika mahu)
5. Boleh tambah ais untuk hidangan sejuk
6. Boleh ganti gula batu atau madu, dengan gula biasa.. cuma bila guna gula batu / madu, rasanya lebih sedap lah!
7. Di mana nak dapatkan bunga krisantimum tu? senang sahaja.. cuba cari di kedai ubat cina.. selalunya memang ada di situ.. harganya lingkungan rm40-rm80 sekilogram.. Ada dijual dalam bentuk timbang dan paket.. Selamat Mencuba!
Air Kelapa Muda
Air Kelapa Muda
Bahan-bahan:
1 biji kelapa muda
125 gm (4 camca besar penuh) gula pasir (untuk dibuat sirap)
125 ml air panas mendidih (untuk dibuat sirap) Hiasan:-
Air kelapa
375 ml air sejuk daripada peti ais
isi kelapa yang dikikis
Cara penyediaan:
1. Sediakan sirap. Masukkan gula ke dalam mangkuk dan tuang air panas mendidih ke dalamnya.
2. Kacau dan tutup mangkuk itu. Sediakan buah. Tebuk bahagian atas kelapa tuangkan airnya ke dalam jag.
3. Belah kelapa dan kikiskan isinya dengan camca teh. Bubuh isinya ke dalam jag.
4. Tapis sirap yang sejuk ke dalam jag dan tambahkan air sejuk secukupnya.
5. Sejukkan di dalam peti ais. Hidangkan di atas dulang.

Credit mfadhlan.com 

0 comments: