CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
ini belog saya.ini kisah saya.juga kisah mereka yang saya sayangi . Teruskan membaca. Juga sedikit perkongsian dari saya yang baru memperbaiki diri sendiri .Semoga bermanfaat utk semua

Bersahabat kerana Allah . insyaALLAH

Sunday, January 6, 2013

Tips Jahitan Kemas

Untuk mendapat kekemasan jahitan, banyak faktor perlu diambil kira:

1. Proses menanda di atas pola pakaian, mestilah terang dan senang nampak supaya apabila hendak dijahit nanti tidak berada diluar daripada garisan pola. Selalunya saya tanda gunakan kapur untuk kain kapas dan gunakan roda surih bersama kertas karbon bagi kain licin dan lembut.
Not recommended: Kadang-kadang saya gunakan pen untuk tanda dibahagian leher baju kurung bila tidak gunakan fasing - hasilnya cantik dan kemas, kena tindih betul2 atas garisan pen.

2. Jenis jarum yang digunakan mestilah bersesuaian. Seperti jarum nombor 80/11 untuk kain yang nipis atau jenis kebanyakan kain kita buat baju kurung. Kain jeans yang tebal , kain langsir tebal atau ketika hendak menjahit balkrum/ pita bersama getah sesuai gunakan jarum besar 100/16. Mata jahitan akan nampak satu-satu dan tidak menjadi longgar.

3. Kesesuaian lebar mata jahitan. Jarak yang cantik dan kemas antara 2.5 mm ke 3 mm untuk pakaian. Jarak 4 mm ke atas selalunya sesuai untuk cadar atau langsir. Jarak 2mm sesuai untuk tikam leher baju kurung supaya apabila diterbalikkan fasing akan jadi tajam dan kemas di bucu. 

4. Jenis tapak mesin jahitan. Jenis tapak mesin juga mempengaruhi cara kita menjahit pakaian. Seperti tapak lurus, akan memudahkan kita jahit lurus. Gunakan tapak zip untuk menjahit zip supaya dapat jahit rapat dgn zip. Tapak zip juga boleh digunakan ketika hendak menjahit pita getah di pinggang. 

5. Ketegangan benang di mesin jahit dan gelendung/sekoci.Ketegangan benang penting untuk mendapatkan mata jahitan yang cantik dan kemas. Selalunya untuk kain yang licin dan lembut, ketegangan perlu dikurangkan seperti brand Singer (kurang drp 4). Jikalau kain langsir atau cotton seeloknya dilaraskan pada 3.5 ke 4 atau 5. 

credit : myhobbyissewing 

kadang-kadang rase takut dalam diri lah satu sebab jahitan x kemas . kena percaya pada diri kita , ape pon kita boleh buat dengan izin ALLAH SWT . yakin pada diri .dulu pon saya macam anda-anda yang baru bermula nak menjahit . start from 0 . saya dapat byk pertanyaan mcmnana nak jahit dgn kemas .. boleh ikut petua diatas yea ( mcm masak2 lak ade petua )

0 comments: