CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
ini belog saya.ini kisah saya.juga kisah mereka yang saya sayangi . Teruskan membaca. Juga sedikit perkongsian dari saya yang baru memperbaiki diri sendiri .Semoga bermanfaat utk semua

Bersahabat kerana Allah . insyaALLAH

Sunday, September 1, 2019

Resepi air katira

AIR KATHIRA


BAHAN-BAHANNYA:

Perlu Penyediaan awal:

Untuk Membuat Sirap-

Didihkan 2 1/2 cawan gula dalam 3 cawan air.

Masukkan 2 helai daun pandan, hingga larut gulanya.

1 sudu besar kathira - 

direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis. Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.

10 biji buah kembang semangkuk -

direndam semalaman buangkan biji dan kulit. Ditapis, bilas dengan air dan ditapis lagi.

1 sudu besar rata biji selasih -

direndam dalam air hingga ia mengembang, kemudian ditapis lagi.

1 tin susu cair (sejat)-

'evaporated milk' 

1 cawan sirap

7 cawan air

1 sudu teh air mawar



CARA MEMBUATNYA:

Dalam sebuah mangkuk besar atau bekas air yang besar, masukkanlah katira, kembang semangkuk dan biji selasih.
Tuangkan sirap, air susu dan air mawar.
Dikacau rata. Masukkan ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.

p/s

Biji Selasih -boleh didapati di pasar, kedai runcit.

Kembang semangkuk - boleh didapati dari kedai sinseh Cina

Kathira - dapatkan dari kedai peniaga India.

0 comments: