CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
ini belog saya.ini kisah saya.juga kisah mereka yang saya sayangi . Teruskan membaca. Juga sedikit perkongsian dari saya yang baru memperbaiki diri sendiri .Semoga bermanfaat utk semua

Bersahabat kerana Allah . insyaALLAH

Wednesday, May 21, 2014

12 Langkah Hypnobirthing Untuk Bersalin Tanpa Rasa Sakit


12 Langkah Hypnobirthing Untuk Bersalin Tanpa Rasa Sakit


Hypnobirthing digunakan untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit semasa bersalin. Teknik ini boleh dimulakan dari awal kehamilan lagi sehingga akhir kehamilan. Berikut ialah cara mudah teknik hypnobirthing :-

Bersalin Tanpa Rasa Sakit

  1. Duduk bersila dalam keadaan rehat.
  2. Pusingkan kepala ke arah bahu kanan kemudian kiri sebanyak 8 kali. Kemudian ke arah bahu kiri kemudian kanan sebanyak 8 kali.
  3. Letakkan tangan di atas bahu dan pusingkan ke depan sebanyak 8 kali. Kemudian pusingkan ke belakang sebanyak 8 kali.
  4. Kemudian berbaring dengan santai.
  5. Luruskan tangan kanan dan kiri ke sisi tubuh. Luruskan kaki. Telapak kanan menghadap ke atas.
  6. Menegangkan telapak kaki menuju ke betis dan paha dalam kiraan 8, kemudian lepaskan semula.
  7. Tutup telapak tangan dan genggam dengan kuat, kerutkan dahi dan lidah naik ke arah lelangit dalam kiraan 8 dan lepaskan.
  8. Tarik nafas melalui hidung perlahan-lahan dalam kiraan 8 dan lepaskan melalui mulut. Lakukan 8 kali.
  9. Tutup mata dalam kiraan 8 dan buka perlahan-lahan.
  10. Perhatikan pada satu titik sehingga mata terasa ingin tertutup, tutup mata perlahan-lahan.
  11. Masukkan fikiran positif. Contohnya 'Semoga bayi dalam kandunganku membesar dengan sihat. Aku akan melahirkan dengan cara yang tenang, tidak menyakitkan diriku dan anakku.'
  12. Ketika sudah selesai memasukkan fikiran positif, tarik nafas dalam melalui hidung dan hembus semula melalui hidung. Kembali semula kepada keadaan normal.


0 comments: