CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
ini belog saya.ini kisah saya.juga kisah mereka yang saya sayangi . Teruskan membaca. Juga sedikit perkongsian dari saya yang baru memperbaiki diri sendiri .Semoga bermanfaat utk semua

Bersahabat kerana Allah . insyaALLAH

Sunday, January 26, 2014

Persiapan Perkahwinan : Checklist




It’s time for me to count the day. Alhamdulillah . Bersyukur . semoga jodoh kami hingga ke jinjang pelamin .
So , untuk tidak memeningkan kepala , jom cekidout ape yang perlu untuk sebuah majlis perkahwinana


Permohonan Nikah

1st of all . Permohonan Nikah . Yang paling PENTING ok . yang lain – lain tu hanya adat kan .
So berbalik kepada permohonan nikah ni , untuk membuat permohonan , korang kena hadiri Kursus Pra Perkahwinan. Kalau sebelum ni 1 hari , sekarang 2 hari yea ( prepare cuti ciap ciap :D )

Next : follow step by step kat bawah yea J



·  Hadiri Kursus Kahwin
·  Sijil Kursus Kahwin original & salinan
·  Ambil Borang Nikah di Pejabat Agama
·  Surat Akuan Bujang
·  Ujian HIV
·  Borang Kebenaran Nikah (Enchek Tunang)
·  Salinan IC wali (abah)
·  Salinan IC 2 saksi
·  Sijil nikah Mak & Abah original & salinan
·  Isi Borang Nikah
·  Booking Jurunikah

Betapa banyak list ni , kami baru nak mulakan yang 1st tu hehe .25 & 26 hb . sabar-sabar .  sebulan sebelum tarikh nikah baru pi hantar ke Pejabat Agama semua semua borang tu .

Barang Hantaran


Barang hantaran ni bukan wajib pun, sekadar mengikut adat sahaja.. yang wajib hanyalah Mas Kahwin ye kawan-kawan. Tapi kalau takde barang hantaran macam tak lengkap plak majlis perkahwinan tu kan hehe. So,  Kitorang decide nak buat hantaran 7 berbalas 9


Hantaran Pengantin Perempuan kepada Pengantin Lelaki

·Sireh Junjung
·Al-Quran + Sejadah
·Wallet + belt
·Toilettries
·Kasut
·Jeans + T-shirt
·Kek
·Coklat
·Buah-buahan


Hantaran Pengantin Lelaki kepada Pengantin Perempuan
·  Mas Kahwin + Cincin
·  Sireh Junjung
·Kasut + Handbag
·Telekung + Sejadah + Al-Quran
·Toiletries
·  Kek
·  Buah-buahan

Kalau part hantaran nak bagi kat perempuan, takde masalah. My petik je nak ape heheh tapi yang lelaki ni dahlah kita balas kat dia kemain banyak pening gaklah mula-mula tatao nak bagi apa. Barang untuk perempuan rasanya dah okay cuma yang jenis makanan, sireh tu boleh lah disediakan dekat nak majlis nanti. Barang-barang untuk bakal suami tu ada yang tak complete lagi.


Majlis Resepsi

   ·Mak Andam

Menggunakan khidmat Andaman sudah menjadi perkara lazim dalam sesebuah majlis perkahwinan. Seumur hidup sekali wooo mestilah nak kelihatan cantik ye dak?

·Pengapit

Buat masa ni belom decide lagi sape . sape nak jadi pengapit cepat angkat tangan ! J

·Caterer

Haa , part ni tgh konfius . nak gotong royong masak or caterer ? macam nak amik ketere jer :P

·Photographer
Erm.. stil dlm perbincangan lagi . nak amik ke x ??

·Kek Kahwin

Kek belum decide . tp kat cni mmg susah nak dapat malay made . semua Chinese . so nak kena survey yang buat homemade . risau gak beli kedai Chinese nie ^-^


·Doorgift

Haiyohhh… bab ni yang tengah pening sekarang ni.. yela, survey punya survey banyak sangat sudahnya rambang nak pilih mana satu… -.-’… nantilah decide.


·Kad Kahwin


Survey punya survey akhirnya future SIL nak tlg wat . Alhamdulillah . selesai 1 perkara . semak jugak piker

·Berinai

Hurm, part berinai ni pun kena ambil kira jugak. Tak pakai inai bukan pengantin lah namanya kan. Tapi masalahnya dari mana nak dapatkan inai yg cntik warna die . nasib Future SIL ank pg umrah . so da kirim kat die . hopefully die ingat T__T

·Kanopi

  Bab ni kami masih dalam proses lagi . samaada nak sewa kanopi or dewan . Lagi prefer dewan . senang . tapi.. rase mcm x syok plak kat dewan tu . sbb xde bilik pengantin L . tp dari segi lain mmg SAVE ! . xpayah piker nak wat bilik pengantin hehe

·Kompang


 

·Penunjuk arah/Signboard

  Haaa.. part ni jangan ambil mudah.. yang duduk bandar kat perumahan tu pun perlu ada inikan yang duduk kat pedalaman ni kan.. Buatnya kawan-kawan kita dari seluruh pelusuk tanah air kot terbuka hati nak datang mahu ada yang melilau mencari kang hehe. So, part ni harus dititikberatkan. Buat sendiri je.. Lepas tu laminate kan dikhuatiri hujan basah plak penunjuk arah tu nanti langsung orang tak nampak hehe. Kalau boleh buat size A3, kalau A4 takut kecik sangat orang dari dalam kenderaan kurang nampak. Nak nak kalau ada banyak signboard orang kawen kat tempat tu kan.. -.-‘

·Sound System

  Masih belum decide lg ! 

Till then , wait for next update yaa ! kisah kami menghadiri kursus kawen ^ _^ 























0 comments: