Hlovete.nama yang cukup unik sebagaimana unik nye karya @ penulisan nyer.aku mula start meminati she/he ni sejak aku pinjam novel dari sorang kawan aku.wan =). 5 tahun 5 bulan. Sejak itu la aku jatuh cinta dengan tulisan-tulisan beliau.Tambahan pulak hobi aku ni disokong penuh oleh en.bf dimana en bf akan memberikan novel terbaru setiap bulan..hehehe..tapi tapi tapi, macam x cukup jer 1 =P
sekarang aku da ada kesemua koleksi dari hlove kecuali 5 tahun 5 bulan sebab da bace..later aku still nak cari utk cukupkan koleksi.bukan untuk membazir.bukan bukan bukan.
I - Fend
Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.
Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’
II - K²
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza
note: novel ini dipos oleh en bf by pos laju. sampai pada 05082011.thanx en bf.novel ini mesti dibaca.byk manfaat melalui contengan ini.walaupon hanyalah sebuah contangan jalanan.trust me.kamu akan dapat at the end of story ape yang cube disampaikan.
3 comments:
x pernah bace lagi karya hlovate nh..huhu
bace la..insyaALLAH x rugi
hlovate is awesome kotttt !! :D
#hlovate maniac~
Post a Comment