CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
ini belog saya.ini kisah saya.juga kisah mereka yang saya sayangi . Teruskan membaca. Juga sedikit perkongsian dari saya yang baru memperbaiki diri sendiri .Semoga bermanfaat utk semua

Bersahabat kerana Allah . insyaALLAH

Sunday, April 3, 2011

Cara Membuat Puding Telur Berkaramel / Puding Gula Hangus

Sebelum tu sila jeles ye tgk gambar ni sbb saya dpt makan.korang dpt??korang ade ?? =P
puding ni da jd feveret.hehe..slalu kalo pg bazar ramadhan lbh kurang Rm2-Rm3 sepotong.mahai kan??
korang taw nape mahai??
korang tgk la bhn2 die..ade paham?? =P





Bahan-bahan:
Telur (saiz besar) 7 biji (telor ayam bukan telor itik @ telor gajah =) )
Susu Isian Pekat Manis 1 tin (510ml) (aku suke guna gold coin..sbb suh byk duit emas T__T )
Gula Pasir 3 sudu besar
Garam 1 sudu kecil
Tepung Kastard 2 sudu besar
Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
Loyang bersaiz diameter 15~20cm
Cara membuatnya:
Mula-mula..baca bismillah dulu..hehee..ok2 serius.korang letak gula pasir dalam loyang.make sure api   sederhana kecil agar gula mencair slow2. Apabila gula telah cair semua  nye, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang. biar kunin ckit2 jer..sbb nanti bile kite kukus warna die akan cantik!!. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit! =p
  Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja
Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku td.
 Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukus guna api sederhana je!. Kukus sehingga 45 minit.Bila masak, telangkup loyang ke pinggan leper.
 kalo sejuk sedap giler!! ( fridge dululah).

p/s:Renung-renung kan..selamat beramal..hahaha..practice make perfert!!