CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
ini belog saya.ini kisah saya.juga kisah mereka yang saya sayangi . Teruskan membaca. Juga sedikit perkongsian dari saya yang baru memperbaiki diri sendiri .Semoga bermanfaat utk semua

Bersahabat kerana Allah . insyaALLAH

Thursday, April 16, 2020

Braces / Pendakap Gigi ( Part 3 )

Okeyyy sekarang masuk part 3 ye . Cerita dia masa last appointment ( appt yg 1st ) dia ada bagitahu yg mereka akan hubungi jika doc permenant dah review samaada boleh ON braces tau tak . Dalam masa seminggu .

So seminggu berlalu . tak ada berita . So just relaks2 je sebab memang belum rasa nak tahu boleh pakai or tak . Tapi suami dah tanya hihi . So i just jawab okeh nanti i akan call diorang . Tapi i just wassap je . Sebab sebelum tu pun segala komunikasi via wassap je . so bile dah wassap alhamdulillah dah mereka reply boleh pakai . yeayyy :)

So klinik suruh pergi Xtray gigi kat Segi Kolej @ KPJ .

Tapi i prefer pergi klinik dekat Denai Alam . Dekat lepas tu boleh pergi sana lepas check up baby nanti . so kira save cuti la . nama klinik tu Klinik Pergigian Presidental . Dekat dengan Klinik pakar kanak kanak Denai Alam . Salah satu sebab lain pilih pergi situ sebab boleh jimat masa . Dah Call Kpj katanya kena pergi ke sekian sekian then bla bla bla . lama jugak . Lepas tu tanya kawan yg dah ON braces die pergi sana agak lama jugak la proses nya . so utk saya yg ada baby kecik ni mcm susah jugak la .

Ok pergi klinik Presidental tu kejap je . Since haritu takde org . Nanti die akan email xray tu kat klinik yg kita nak wat braces. Actually kat situ pon ada buat braces . Tapi tak tanya details la since da decided nak pasang kat Medissa

ok setel . Sorry musim PKP ni lamanyaaaa nak boleh ke update blog . Thanks for reading :)

Friday, October 4, 2019

Resepi Biskut Snow Almond

Resepi Biskut Snow Almond


Biskut Snow Almond

Bahan A
250g mentega
30g lemak sayuran
100g gula castor
1 sdt esen kopi
1 biji kuning telur

Bahan B
220g tepung gandum
50g nestum dikisar
60g susu tepung
70g tepung jagung
60g serbuk badam
hiasan
serbuk roti
coklat masakan-double boil

pukul gula, mentega dan lemak sayuran hingga sebati,masukkan esen kopi dan kuning telur mix sebati.
masukkan bahan B gaul sebati doh jadi lembut
terapkan acuan ikut kesukaan korang
bakar 20mnt 160c
tunggu biskut sejuk baru celop coklat dan golek2 dengan serbuk roti

Resepi Biskut Cheese Cadbury


Resepi Biskut Cheese Cadbury


Biskut Cheese Cadbury
Bahan A
180gm mentega
80gm shortening
90gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu makan esen vanila
70gm cream cheese
Bahan B
400gm tepung gandum
80gm tepung jagung
Bahan C
1 botol coklat Cadbury – 200 pcs
Cara membuatnya:
1. Pukul Bahan A hingga sebati dan kembang.
2. Masukkan Bahan B. Gaul rata.
3. Terap mengikut saiz dan ketebalan lebih kurang coklat Cadbury
4. Letakkan coklat cadbury atas adunan yg dah diterapkan tadi.
5. Ambik separuh adunan warnakan dengan kaler kesukaan dan guna acuan tat kemudian potong ikut saiz bersesuaian untuk dihiaskan atas tat
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit dgn suhu 150-160C, api atas-bawah, bakar 20minit..(ikut jenis oven masing2)
7. Biarkan biskut sejuk sebelum masuk balang.